Aku yang Comey....

Aku yang Comey....

Tuesday, 29 May 2012

Bun Strowbery

Resepi roti doh asas..

380gm tepung high protein (tpg roti)
* 3 sudu besar susu tepung
* 80gm gula castor
* 3 sudu kecil yis segera
* 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
* 100ml air
* 1/2 sudu kecil garam
* 30gm butter
* 30gm shortening

* Paste Strowbery

Cara-cara

1. Masukkan bahan air, telur ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda

Bun pandan

Resepi roti doh asas..

* 380gm tepung high protein (tpg roti)
* 3 sudu besar susu tepung
* 80gm gula castor
* 3 sudu kecil yis segera
* 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
* 100ml air
* 1/2 sudu kecil garam
* 30gm butter
* 30gm shortening
* Paste Pandan


Cara-cara

1. Masukkan bahan air, telur ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda

Bun Roti

ROTI NAIK PAHANG.
Resepi dr Tok Mak
1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH.
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER..

CARA ...
KAEDAH BREADMAKER.
MASUK AIR YG DI BANCUH DGN TELUR SUSU MANIS N SUSU TEPUNG.
MASUK TEPUNG.
MASUK GULA.
MARJERIN.
SORTENING.
LAST SEKALI IBU ROTI@YEAST.
START PUTAR SEMUA ...
INTI IKUT SUKA KACANG MERAH OR KELAPA .ROTI KOSONG PUN SODAPPP..
SELAMAT MENCUBA HINGGA BERJAYA

Roti Naik Pahang

ROTI NAIK PAHANG.
Resepi dr Tok Mak
1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH.
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER..

CARA ...
KAEDAH BREADMAKER.
MASUK AIR YG DI BANCUH DGN TELUR SUSU MANIS N SUSU TEPUNG.
MASUK TEPUNG.
MASUK GULA.
MARJERIN.
SORTENING.
LAST SEKALI IBU ROTI@YEAST.
START PUTAR SEMUA ...
INTI IKUT SUKA KACANG MERAH OR KELAPA .ROTI KOSONG PUN SODAPPP..
SELAMAT MENCUBA HINGGA BERJAYA

Tiramisu Cake

Kek tiramisu

Bahan-bahan:-
1 biji sponge kek atau apa2 kek
200ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko (hiasan)

Cara-cara Membuatnya
1. Mula-mula, bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. kemudian, satukan gula, cheese dan cream. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
3. Potong kek pada dua bahagian
4.Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kekt, dan seterusnya sapukan adunan creamdan cheese tadi atas kek
5. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td
6.kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
7.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.. Letak kek dulu, pastu letak krim.
8.Biar dlm peti kejap sebelum keluarkan mould.:)

Kek marble Kukus

kek marble kukus~
bahan2nya;
7biji telor ayam
2 cawan mentega
3 cawan tepung kek
11/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar ovellate
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna (yg menjadi kesukaan)
caranya;
-pukul gula dgn mentega sambai gebu putih ringgan
-masukkan telor sebiji sebiji..dan juga ovelatte
-dah sebati masukkan tepung kek, serbuk baking powder dan
esen vanilla..kacau dgn perlahan2..kasi sebati tpg dgn adunan.
bagi kan kepada 3 warna kesukaan anda...
-lapik loyong dgn kertas minyak
-lapis2kan adunan yg telah di warnakan sampai habis.
-kukus selama 1jam

Black Paper Steak

BEEF STEAK

BAHAN:

4 keping daging steak
1/2 cawan jus halia
1/2 cawan air bawang putih
1 camca besar serbuk lada hitam

BAHAN SOS:
6 cawan stok daging
6 ulas bawang putih diketuk
5cm halia dikisar
200g sos tomato
300g sos cili
2 sudu kecil gula
Sedikit garam

CARA:
Kepingan daging diperap dengan jus halia, air bawang putih dan serbuk lada hitam selama 30 minit. Panggang daging di atas kuali leper tanpa minyak hingga daging masak.

Untuk sos, tumis halia bersama bawang putih kemudian masukkan stok daging, sos tomato, sos cili, garam & gula. Biarkan mendidih. Untuk pekatkan kuah, campurkan sedikit tepung jagung

MASHED POTATO

BAHAN KENTANG:

10 biji kentang dipotong dadu besar
1 camca teh lada sulah
1/2 cawan susu segar
garam secukup rasa

BAHAN SOS:
500ml air
2 kiub pati ayam
1 biji bawang besar dicincang
1 batang saderi dicincang
40g mentega
20g tepung gandum
1 camt serbuk lada hitam
1/2 camt kicap pekat
sedikit garam

CARA:
Rebus kentang sehingga empuk. Tumbuk sehingga lumat ketika masih panas. Putar kentang dengan mesin pemutar dengan kelajuan perlahan dan masukkan garam, lada sulah & susu segar.

Untuk sos, didihkan air bersama kiub pati ayam. Masukkan daun saderi dan bawang besar. Renihkan selama 10 mint. Tapis ke dalam mangkuk. Ketepikan.

Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau seketika di atas api kecil. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
Masukkan serbuk lada hitam, garam dan kicap pekat. Masak sehingga mendapat kepekatan yang disukai.

Marble Cheese Brownies

MARBLE CHEESE BROWNIES.

Bahan Choc. Cake-(sbnrnya apa2 jnis kek coklt boleh...)ini slh 1 rspi kek coklt..
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B
1 sdu tpg kastrd

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula&esen vannila (guna wisk saja) smpi sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair > kacau lagi...
5- Masukkan tepung+baking+soda (kalo rajin ayak dulu)
6- Panaskan kukusan...
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Kukus 40minit @ shingga masak..

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas kek masak...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 20minit-180*c atau sehingga cheese masak...
**Kalau suka yg kuning2 emas lebihkan masa@ lebihkan suhu..ia tkkn menjejaskan kek
blended orange sunkist cake......sedappp dan gebu.....
BAHAN2 NYER...

1 BIJI ORANGE SUNKIST

1 CAWAN MINYAK

SECUBIT GARAM

1 CAWAN GULA PASIR

3 BIJI TELUR GRED A

2 CAWAN TEPUNG GANDUM

1 SUDU BESAR BAKUNG POWDER...

CARA2 NYER....

- CUCI BUAH LIMAU..POTONG DAN BUANG BIJI NYER.URAT PUTIH PADA TENGAH2 POTONG DAN BUAH LIMAU DI POTONG KECIL2....MASUKAN KEDALAM BLENDER BERSAMA MINYAK..GULA..TELUR DAN KISAR HINGGA HALUS...

- TUANG BAHAN YANG DI KISAR KEDALAM MANGKUK DAN MASUKAN CAMPURAN TEPUNG SEDIKIT2 DAN KACAU SEBATI.....

- BAKAR SELAMA 1 JAM......

Monday, 28 May 2012

nasi Ayam Qaseh


Bahan-bahan ( 6 org mkn kot.. )

  • 1 Ekor ayam-belah 4, bersih n tos
  • bahan utk perap ayam
  • -4 sudu besar sos cili
  • -3 sudu besar kicap manis
  • -2 ulas garlic-tumbuk halus
  • -garam n gula-perasakan-elok manis skit
  • bahan utk sup
  • -2 ulas bwg putih, ketuk
  • -1 btg serai-ketuk
  • -1 inci halia-ketuk
  • -1 sup bunjut
  • Bahan utk cili
  • - 3 bijik tomato masak
  • -3 ulas bwg putih
  • -3 biji cili merah
  • -4 biji cili api-nk pedas ltk lebih
  • -cuka makan skit-agak-agak blh blend bhn utk cili
  • -garam n gula,-sesuaikan
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. pas bersih ayam, rebus ayam dalam air yg byk(sebab air ni nanti blh bt sup, dan masak nasi. masuk bwg putih, serai yang diketuk, masuk skit garam.
  2. rebus ayam - agak dah masak terus angkat. Ambik air rebusan lebih tadi anggaran 4 cawan untuk masak nasi.yang lebih biar dalam periuk, tambah serai dan sup bunjut. perasakan-nah! sup dah siap(biar mereneh sekejap)
  3. k, utk nasi plak.. basuh beras, masuk dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, halia skit, serbuk kunyit( skiiit je..) tumis (dlm kuali) dengan marjerin 1 ulas bwg putih n bwg merah (mayang halus) masuk sekali. on je rice cooker, nasi pun dh siap..oops lupa plak,msk daun pandan yg disimpul skali,baru nasi ni wangi..
  4. perap ayam yang direbus tadi ngan kicap manis, sos cili, bawang putih, -perasakan ngan garam dan gula-tp biar manis skit-baru best..perap je dalam 1/2 jam.make sure guna penyepit n sudu,jgn guna tangan k..sbb bahan perap ayam ni kita leh buat sos kicapnya..
  5. utk cili plak- blend suma bahan utk cili tadi-perasakan ngan garam n gula, cili pun dah siap..
  6. dah agak 1/2 jam. goreng ayam, angkat, ketuk skit dan potong kecil-kecil
  7. utk sos kicap plak-ambik bahan perapan ayam tadi, tapis n tambah kicap jika perlu. perasakan.
  8. bleh makan ngan timun, salad dan tomato hiris. senang je kan.. rasa pun lain dari yang lain.. try la klau x pecaya

Cup Cakes Qaseh


Bahan-bahan ( 12-15 biji )

  • 200 g tepung gandum (2 cwn rata dan keluarkan 4 sb )
  • 150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega+ 2 sb rata)
  • 150 g gula kastor/halus (15 sb rata)
  • 2 biji telur - dikocok
  • 2 sk baking powder

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.
  3. Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.
  4. Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,
  5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.
  6. Bila sejuk blehla di hias dengan topping..sy gune vivo topping je,pkul hingge kembang dh blehlah hias dengan penuh perasaan,..
  7. Daaaa siap...

Ikan Talapia 3 Rasa

Ikan Talapia 3 rasa

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • ikan talapia-disiang,digrg bersama kunyit & garam(ketepikan)
  • bhn2 diblend
  • cili kering @ cili merah,bwg bsar,bwg putih
  • sos tomato
  • sos tiram
  • buah tomato-diptg 4
  • sayur campur
  • carrot-diptg dadu
  • cili padi
  • bhn2 tumis
  • bwg bsar,bwg putih,halia-dimayang halus
  • garam & gula secukup rasa
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. panaskan minyak,masukkan bhn tumis hingga naik bau.
  2. -masukkan bhn2 yg telah diblend & sedikit air hingga pecah minyak.
  3. -masukkan cili padi,buah tomato,carrot,sos tomato,sos tiram.
  4. -masukkan garam & gula secukup rasa.
  5. -kacau sehingga kuah menjadi pekat.
  6. -angkat & tuang kuah atas ikan talapia yg telah digoreng tadi.
  7. -sedia untuk dihidangkan...........

Kek gula hangus

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Cream puff

Bahan-bahan ( aggaran 30 biji )

  • 1 cwn air
  • 1/2 cwn majerin/1/2 buku butter
  • 1 cwn tpg gandum/tpg superfine (guna bluekey)
  • 4 bj telur gred B (gn 3 bj pn boleh)
  • BHN INTI
  • 1/2 cwn susu cair
  • gula seckp rasa (aggaran 4 sudu)
  • 5-6 sudu tpg kastard
  • 1 sudu marjerin/butter
  • sedikit garam (utk rasa lemak)
  • 3 cwn air
  • jika suka boleh letakkan perisa kegemaran cth sy letak sedikit jem nenas
  • nak lg mudah blh gn instant custard.cuma bancuh dgn air panas dan tambah sedikit gula (ada jual di kedai kek)

Cara-cara

  1. Masukkan butter/majerin dan air ke dlm periuk.Masakkan hingga mendidih dan butter/marjerin cair.
  2. Masukkan tepung dan tutup api.Gaul sebati.Setelah sebati masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau lagi.(pastikan pusat telur dibuang utk mengelakkan bau hanyir)
  3. Seterusnya masukkan adunan tadi ke dlm piping bag dan paipkan ke atas dulang/loyang yg tlh digris/dilapik dgn kertas minyak.
  4. Jika xde piping bag boleh skop guna skop aiskrim/ bentukkan gn sudu makan
  5. Bakar selama 10-15 minit hingga kulitnya menjadi perang bkn hangit dgn suhu 160 oC
  6. Inti: Campurkan kesemua bhn ke dlm periuk dan kacau atas api hingga pekat.Bila dah pekat sejukkan sekejap dan masukkan dlm piping bag
  7. Bila cream puff dah sejuk belah 2 jgn sampai pts.paipkan inti ke dlmnya.Boleh juga korek bwh c.puff guna pisau dan paipkan inti

Tuesday, 22 May 2012

Orange Chiffon Cake


Orange chiffon cake..

Bahan2..
225 gm tepung kek*
1 sdb baking powder* - *satukan dan ayak
6 kuning telur
270 gm gula castor
120 ml minyak jagung
180 ml orange jus
2 sdb parutan kulit oren
1 sdb oren emulco
1 sdk pewarna oren
6 putih telur + 30 gm putih telur
3/4 sdk cream of tartar

Cara2nya..
1. Satukan tepung kek, baking powder, kuning telur, gula castor, minyak jagung, orange jus, parutan kulit orange, oren emulco dan pewarna, pukul 1 minit atau sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama cream of tartar sehingga bertanduk.
3. Gaulkan ke dalam adunan tepung tadi dan sebatikan.
4. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 170C selama 55 minit atau 1 jam.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai

Chesse cake berlapis Jem

Papa Roti

Ni la die kwn2....Papa Roti...lembut gler tau roti ni...bsar pun bsar,mmg puasla mkn..x rugi buat sendiri tau...nak2 mkn waktu paneh...Adeehhhhh,mmg xleh tahanla...

Memangla ble ngok resepinye gerun jer,bab panjang yang teramat,tp ble dh wat u olls akan cakap,.."ala kacang ajer"..hehehheeh....apa2 pun kne cube tau..

 Macam Qaseh,anak2 suke sangat makan roti,..nak2 yang sulong tu Aiman..memang suke sangat makan roti,bgla roti ap pun..memang abis die makan...Senang betul hati qaseh bile dapat buat roti hasil air tangan qaseh,lebih2 lagi bile anak2 suke makan..rase betul2 di hargai..heheheheheh...

Okla kawan2 di sini qaseh akan sertakan resepi Papa Roti ni ye...Papa roti ni qaseh mntak dr wall Jom Masak,..Thks Jom masak..bab sudi berkongsi resepi..

mari kawan2 kiter cube buat..berbaloi tau..sebab sedap sesngat

Papa Roti

Bahan Inti:

200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang
... *2sdb peanutbutter-jm tmbah..

Cara membuatnya:

Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen+gula perang. Pukul sebati..Simpan dlmm bekas bertutup dalam peti ais..
*Jm guna whisk je..
*Jm tk simpan..terus buat..

Topping:

100gm mentega
80 gm gula icing @ gula halus)
2 biji telur gred B
1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sdb air panas
*JM guna emulco kopi.. 1sdb
100 gm tepung gandum

Cara membuatnya:

Putar mentega medium speed 5 minit.Masukkan telur, gula icing dan kopi segera. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. simpan dalam peti ais sehingga sedia untuk digunakan.
*JM tk ayak tpg n tk simpan peti pun..

Doh Roti
500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)- diayak
1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener (optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur dipukul
*JM guna shortening..sbb takder bread softener

250 ml air/ susu segar (kalau guna susu tkperlu guna ssu tpg)
60 gm mentega

Cara membuatnya:

1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver dan softener (jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.

2. Masukkan telur dan air & susu segar.

3. Uli doh.. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @shingga licin..
*Jm tunggu naik dulu..baru bhgikan..

4. Bahagikan doh mengikut suka besar mana..

5. Letakkan inti..tutp semula mcm wat pau..

6. Susun di atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega. Jarakkan 1 1/2 inci antara satu sama lain.

7. Rehatkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba..@ tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain..agar doh dapat haba..

8. Sementara tu, keluarkan topping dari peti ais dn masukkn dlm piping bag..toppingkan pda roti yg dah naik..

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau bun keperangan.Letakkan loyang pada medium pan..(tgh oven)..

Mee Kari Qaseh


Mee Kari Qaseh

Bahan-bahan ( utk satu famili (7-8 org) )

  • Untuk Kuah :
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • Tauhu lampong (di potong 2)
  • Isi ayam di potong kecil2
  • 2 btg Fish cake ( Di hiris )
  • 2 biji kentang (direbus dan dikisar sampai hancur)
  • 4-5 camb kari ayam Babas (dijadikan pes)
  • rempah 4 sekawan
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 camb minyak masak
  • Bahan2 Lain:
  • 1 kilo mi kuning (dicelur)
  • tauge (dicelur)
  • 5 biji telur rebus dan dibelah dua
  • sedikit daging yg tlh direbus (dipotong dadu kecil)
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi - optional (tp rasanya ttp sedap tanpa perahan limau)
  • sawi (dicelur)
  • Lain2 utk Hiasan : daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili merah

Cara-cara

  1. Untuk memasak kuah, kisar kesemua bahan yang bertanda * sampai lumat
  2. Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis rempah 4 sekawan sampai wangi dan barulah dimasukkan bahan2 yg tlh dikisar td. Kacau lg sampai keperangan.
  3. Masukkan pes kari dan tumiskan sampai pecah minyak. Perlahankan api ketika menumis. Kemudian masukkan ayam dan tunggu msk sdikit
  4. Barulah di msukkan keledek yg tlh dikisar bersama air yg secukupnya. Kacau rata2 dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan Fish Cake,tauhu lampong, garam dan gula secukup rasa. Kacau lama sedikit sehingga kuah btl2 masak dan pekat (klu xnk pekat sgt, bleh le tmbh air sedikit)
  6. Di dlm mangkuk, masukkan mi dan bahan2 lain dan tuangkan kuahnya serta hiaskan dgn daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah.
Hidangkan panas2.

Mee Goreng Qaseh


Mee Goreng Qaseh

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500-600 gm mee kuning
  • 1 keping dada ayam
  • 200 gm udang basah
  • 1/2 bawang besar(Di tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih(Di tumbuk)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu kicap cair
  • sawi
  • sekeping tauhu goreng
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • garam
  • minyak utk tumis bawang
  • 1 sudu besar Cili kering ( yang dh di mesin)
  • air

Cara-cara

  1. tumis bawang dan bawang putih hingga agak garing.
  2. Masukkan cili kering ke dlm kuali setelah bawang garing ,goreng sehingga terbit minyak
  3. bile cili dah pecah minyak, masukkan ayam. then, bila ayam dah masak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair.kacau rata.. masukkan 1 cawan air.
  4. masukkan garam, dan gula. bile dah mendidih, masukkan tauhu dan mee. goreng rata2
  5. akhir sekali masukkan sayur2. kalo nak lebih gelap warna nya tambah kicap cair.
  6. kalo nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. bole juga kalo guna serbuk black pepper.
  7. Siap untuk di hidang n ngap..

Laksa Sarawak


Laksa Sarawak Qaseh

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 paket mee hoon ( di Celur sehingga lembut)
  • 1 paket besar perencah laksa (Made from Timah,My friend)
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 kg taugeh
  • 1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
  • 1/2 kg udang
  • 3 biji telor ayam
  • daun ketumbar
  • limau nipis
  • >> Sambal << (semua bahan di bawah hendaklah di tumis hingga btul2 msk)
  • 15 biji cili api ditumbuk
  • belacan sebesar 1/2 kotak mancis
  • minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
  2. Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
  3. Masukan udang, rebus sebentar kemudain diangkat.
  4. Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan selama 20 minit.
  5. Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.
  6. Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.
  7. Sekarang bolehlah mee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal.
  8. Akhir sekali bolehla dicurahkan dengan kuah laksa tadi…daaaa siap untuk di makan…mmg ter baik punyo

Broniss Chese Cake


                                

Brownis cheese cake

-bahan ( 8-9 inchi bulat )

  • 100g Serbuk Koko*
  • 1 cawan Gula *
  • 1 cawan Susu Isian Cair*
  • 250ml Minyak Masak Sayuran*
  • 1 cawan susu pekat*
  • 4 biji Telur – Blander smpai berbuih
  • 1 cawan tepung gandum/kek
  • 1 st Bic Soda
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Setelah coklat sejuk,masukkan telur yang telah di blendar kacau menggunakan spatula.
  3. Kemudian baru msukkan tepung yang telah di ayak bersama2 dengan bking powder n soda….kacau perlahan.
  4. bolehlah di kukus slama 45 minit
  5. setelah masak keluarkan kek barula di masukkan bahan chese di bawah,bolehlah di hias ngan filling bluberi @ strowbery baker shingge kekuningan
Bahan cheese
  1. 250 gram chese (guneTatura)
  2. 1 biji telur
  3. 1 cawan gula kastor
  4. 2 sudu air lemon yg telah di perah
Cara2
  1. Chese di putar bersama gula kastor hinge kembang
  2. Masukkan telur,putar lagi
Last sekali baru msukkan lemon

Puding Karamel



Puding Karamel

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais